4 anggota polis direman bekal dadah kepada tahanan

MELAKA: Empat anggota polis direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah RM12,000 bagi menyeludup barang terlarang, termasuk dadah ke lokap tiga tahun lalu.

Majistret Mazana Sinin membenarkan perintah reman itu selepas dipohon Pegawai Penyiasat Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdullah Fahmy Mohd@Saleh bagi melengkapkan siasatan kes.

Terdahulu, keempat-empat suspek berpangkat Koperal dan Lans Koperal berusia 35 hingga 40 tahun memakai baju lokap SPRM dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 9.30 pagi.



Difahamkan, semua suspek yang bertugas di sebuah balai polis di Alor Gajah menerima rasuah wang tunai dan pindahan wang atas talian sebagai upah menjadi ‘orang tengah’ untuk membawa masuk barangan seperti rokok, dadah, tembakau dan makanan bagi kegunaan tahanan.

Bayaran itu diterima daripada orang suruhan tahanan antara RM600 hingga RM9,000 melalui kira-kira 20 transaksi dalam tempoh setahun bermula 2019 hingga 2020.

Semua mereka ditahan di pejabat SPRM Melaka di Alai, petang semalam ketika hadir bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu



dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button