Karnival Jom Heboh 2022 kembali, sarat aktiviti menarik

ACARA padang terbesar Malaysia kini kembali dan akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad).

Karnival yang dibawakan oleh DuitNow ini akan diadakan di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya.

Karnival anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini akan turut dimeriahkan dengan pelbagai booth dari TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton.

Pelbagai aktiviti menarik menanti dan orang ramai berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan selebriti tanah air popular seperti Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera, Sophia Albarakbah dan ramai lagi di booth MPB.

Selain itu, belon udara panas juga disediakan khas buat pengunjung yang ingin melihat suasana sekeliling Putrajaya dengan harga yang berpatutan, hanya dengan menggunakan aplikasi DuitNow.

Pengunjung juga berpeluang untuk menghabiskan hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-Muzik, bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.

Tidak ketinggalan juga siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini dan Melodi.

Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang akan di hoskan oleh deejay terkenal Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil pada 9 malam selama dua malam berturut-turut.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniacks, Xpose, Amsyar Lee, Ezad Lazim dan ramai lagi.

Bagi meraikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya, pelbagai acara-acara menarik seperti zoo peliharaan di Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertandingan Memancing dan Flying Fox diadakan.

Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tanda pagar #KarnivalJomHeboh dan #KJH.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Jom Heboh dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker