Russia lanjutkan penahanan wartawan AS selama 2 bulan​

Oleh – Syeikh Baran


Russia lanjutkan penahanan wartawan AS selama 2 bulan​
Evan Gershkovich diiringi keluar dari mahkamah di Moscow. – Foto AFP

Mahkamah hari ini, melanjutkan tempoh tahanan ke atas wartawan Wall Street Journal, Evan Gershkovich yang ditangkap di Moscow atas tuduhan pengintipan yang dibantahnya, sehingga 30 Mac depan.

Mahkamah menerusi aplikasi Telegram berkata, tempoh tahanan ke atas Evan dilanjutkan selama dua bulan, sehingga 30 Mac depan.



Evan, majikannya, dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini, dengan tegas menafikan dakwaan yang juga tuduhan pertama dilakukan ke atas wartawan asing sejak era Soviet.

Dia ditahan ketika melawat bandar Urals Yekaterinburg pada hujung Mac 2023 dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Biarpun ramai wartawan Barat meninggalkan Moscow, namun lelaki warga AS dan pernah bekerja dengan AFP sebelum ini, terus melaporkan mengenai peperangan Ukraine dari Russia selepas Kremlin melancarkan serangannya.

Russia mendakwa penahanan Evan ‘ketika melakukan kesalahan itu’, namun tidak memberi sebarang bukti susulan tuduhan dibuat terhadapnya. Dia ditahan di penjara Lefortovo di Moscow. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading