Muhyiddin ‘bengkek’ Zuraida Menteri Keluarga Malaysia

 

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dipercayai masih kekal sebagai Menteri Keluarga Malaysia.

Menurut laporan sebuah portal, kenderaan MPV dipercayai membawa Zuraida masuk ke Bangunan Putra Perdana mengesahkan beliau masih lagi berada dalam kabinet.

 

Petikan Kenyataan Muhyiddin Yassin

 

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini menuntut agar jawatan Menteri yang disandang Zuraida dipulangkan kepada mereka.

Ketua Penerangan PPBM dan Ketua ARMADA PPBM turut senada dengan Muhyiddin dan mengaitkan jawatan Zuraida adalah kuota PPBM didalam kabinet.

 

 

Tuntutan tersebut berikutan tindakan Zuraida keluar dari PPBM dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 26 Mei 2022.

Zuraida menyertai PPBM selepas ‘Sheraton Move’ dan meninggalkan PKR bersama Azmin Ali. Beliau sebelum itu merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan lantikan Pakatan Harapan. 

Muhyiddin kemudian melantik Zuraida sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi didalam kabinet yang dibentuknya.

Dalam kempen PRN Johor, Zuraida dikatakan tidak turun padang membantu calon PN dan tindakan tersebut dikritik ahli PPBM.

Spekulasi berkaitan penyertaan Zuraida ke PBM telah tercetus namun Parti Bangsa Malaysia menafikan Zuraida akan menyertai mereka.

Zuraida menang kerusi Ampang bermula 2008 dan mempertahankan kerusi tersebut pada PRU 2013 dan PRU 2018.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Wanita PKR sejak 2007 sehingga 2018 sebelum dipecat dari PKR.

 

Krisis PPBM memuncak, Zuraida bakal di’tendang’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker