PSG nafi berunding dengan Zidane

Paris: Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi menegaskan dia tidak pernah bercakap dengan Zinedine Zidane mengenai rancangan menjadi jurulatih kelab itu.

Dalam satu temu bual disiarkan akhbar harian Perancis, Le Parisien, hari ini, beliau menyatakan kelab itu memilih pilihan lain.

“Kami tidak pernah bercakap dengannya sama ada secara langsung atau tidak langsung,” kata Al-Khelaifi, tetapi tidak menolak kemungkinan rakan lain di Qatar mendekati bekas bintang Perancis itu.

“Apabila saya kata ‘kami’, ia adalah PSG. Saya sebagai presiden PSG tidak pernah bercakap dengannya.

Pegawai kelab itu menyatakan mereka kini menuju ke arah pilihan baharu.

“Kami memilih jurulatih yang terbaik untuk apa yang kami mahukan,” kata Al-Khelaifi sambil mengesahkan rundingan dengan pengurus Nice, Christophe Galtier.

“Saya harap kami akan mencapai persetujuan segera, tetapi saya menghormati Nice dan presiden (Jean-Pierre) Rivere, semua orang ada kepentingan sendiri.”

METRO

Leave a Reply