Anak kambing miliki telinga terpanjang

Islamabad: Seekor anak kambing Pakistan menjadi perhatian dunia selepas dilahirkan dengan telinga panjang dari kebiasaan.

Pemiliknya, Muhammad Hassan Narejo dari Ladang Kambing Narejo di Sindh berkata, anak kambing yang baru dilahirkan itu mempunyai telinga sepanjang 48.26 sentimeter.

Katanya, keunikan pada Simba yang dilahirkan pada 5 Jun lalu itu kemungkinan membolehkannya mencipta rekod dunia baharu apabila mencapai saiz telinga terpanjang.

“Saya menyedari telinganya luar biasa panjang hingga ia terseret di atas tanah apabila Simba berjalan.

“Simba kini dalam keadaan sihat dan saya percaya ia akan memegang World Guinness Record apabila mencapai saiz sepenuhnya,” katanya dalam portal UPI.

Narejo berkata, Simba ialah baka dari kambing Nubia, yang amat terkenal dengan telinga panjangnya.

Katanya, telinga anak kambing itu terlalu panjang kemungkinan disebabkan mutasi genetik asalnya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker