Liga Super: Sri Pahang ‘belasah’ Kelantan United 5-1

Liga Super: Sri Pahang ‘belasah’ Kelantan United 5-1

Liga Super: Sri Pahang ‘belasah’ Kelantan United 5-1
BARISAN pemain Sri Pahang FC kejayaan selepas berjaya menjaringkan gol pada aksi Liga Super menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-IHSAN SRI PAHANG FC

KOTA BHARU: Kelantan United terus dirundung malang selepas dibelasah Sri Pahang FC 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Turun dengan misi meraih kemenangan, Kelantan United dikejutkan dengan jaringan awal Sri Pahang pada mini ke-10 menerusi rembatan jarak jauh Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham tepat melepasi jangakauan penjaga gol Kelantan United, Muhamad Ilham Amirullah Razali.

Selang 12 minit kemudian, Sergio Aguero yang tidak dikawal bijak menghukum kelalaian benteng pertahanan tuan ruma menerusi rembatan kencang yang gagal diselamatkan oleh Muhamad Ilham Amirullah.



Minit ke-27, Aguero menambah koleksi gol peribadinya apabila sepakan lintangnya menuju tepat ke dalam gawang Kelantan United sekali gus melepasi jangkauan Muhamad Ilham Amrullah.

Ketinggalan tiga gol, Kelantan United cuba bangkit namun terus dihantui ketumpulan penyudah selain jaringan Mohd. Syazwan Zainon hasil tidak dikira kerana didapati berada dalam kedudukan ofsaid dan kedudukan kekal 0-3 sehingga tamat separuh masa pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’




Bermula babak kedua skuad Tok Gajah terus menggempur kubu tuan rumah untuk menambah jaringan, bagaimanapun Sang Kijang Hijau tetap enggan mengalah dan berusaha mengimbangi perlawanan bagi merapatkan jurang gol.

Ketumpulan penyudah ternyata menjadi masalah utama skuad kendalian Ailton Silva apabila banyak peluang yang hadir gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan, sebaliknya Tok Gajah sekali lagi merobek gawang Sang Kijang Hijau menerusi rembatan Kpah Sherman pada minit ke-66.

Kelantan United akhirnya memperoleh gol saguhati apabila melalui rembatan Royyizat Daud menewaskan penjaga gawang pelawat Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin pada minit ke-77.

Memasuki masa kecederaan David Rowley menghukum kerapuhan benteng tuan rumah dengan jaringan kelima untuk memuktamadkan kemenangan bergaya Tok Gajah.



Kekalahan itu menyaksikan Sang Kijang Hijau kekal ditanggal ke-12 Liga Super dengan mengumpul lapan mata, manakala Tok Gajah Sri berada di landasan terbaik untuk memintas Sabah FC selepas memperoleh 40 mata berbanding skuad Badak 42.

Bagaimanapun, Sri Pahang kurang dua perlawanan daripada Sabah FC.-UTUSAN

Liga Super: Sri Pahang ‘belasah’ Kelantan United 5-1


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button