Populariti Kerajaan Keluarga Malaysia merudum teruk

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

#Keluarga Malaysia Populariti Kerajaan Keluarga Malaysia

Populariti Kerajaan Keluarga Malaysia merudum teruk selepas berikutan pengumuman berkait subsidi serta harga siling barang keperluan rakyat.

Sebuah agensi bebas yang telah mengekstrak lebih 2 juta komen menerusi pelbagai medium terutama media maya mendapati populariti Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob menjunam ke 13%. Ini bukan gambaran yang baik untuk Ismail serta kabinet Keluarga Malaysia.

Dengan pelbagai karenah pemimpin dalam kabinet Keluarga Malaysia, rakyat sudah mulai menunjukkan perasaan mereka menerusi platform media sosial. Di TikTok, imej Keluarga Malaysia disamakan dengan Kerajaan Pakatan Harapan. 

Kritikan netizen dan rakyat semakin menjurus kearah desakan menukar kerajaan dalam masa terdekat, namun semua maklum, hampir semua parti politik menolak untuk PRU15 diadakan segera. Alasan terbaik yang disajikan kepada rakyat ialah, rakyat perlu menunggu untuk inflasi diturunkan ke paras yang lebih rendah.

Adakah logik alasan tersebut digunakan bagi mengaburi mata rakyat? Jangan cuba perbodohkan rakyat dengan alasan ‘semanis madu’ sedangkan mereka kini lebih ‘advance’ mencari fakta yang sebenar.

RAKYAT DIMINTA BERSABAR DAN BERI RUANG UNTUK INFLASI DITURUNKAN, BILA JANGKAAN INFLASI TURUN?

Malah tiada jaminan dari mana-mana pihak terutama kabinet Keluarga Malaysia bahawa inflasi akan berjaya diturunkan menjelang tamat tempoh penggal PRU14.

Ini bukanlah serangan terhadap Perdana Menteri tetapi lebih umum bagi menyampaikan apa rasa rakyat terhadap kerajaan hari ini. Rakyat tertanya mengapa Ismail begitu akur dengan tekanan dari rakan-rakan kabinet walaupun tahu semua itu hanya ‘membunuh imej’ beliau.

Sebagai seorang Perdana Menteri, yang sering menyatakan beliau berasal dari keluarga susah, beliau seharusnya lebih peka terhadap masalah rakyat marhein. Agak tidak selari kenyataan beliau dengan apa yang pernah diungkapkan Ismail dalam tindakannya bagi membantu rakyat secara amnya.

PENASIHAT ATAU ‘PUNAHSIHAT’?

Adakah semua ini disebabkan penasihat-penasihat yang mengelilingi Ismail sering memberi nasihat yang salah? Atau sememangnya beliau disabotaj oleh pihak tertentu yang tidak senang dengannya memandangkan beliau merupakan Naib Presiden UMNO?

Persoalan ini berlegar dalam pemikiran rakyat yang telah memerhatikan seluruh perjalanan Ismail sebagai seorang PM. Agak malang sekiranya beliau selaku Perdana Menteri tidak mampu menguruskan rakan kabinet Keluarga Malaysia dari salah membuat keputusan terbaik untuk rakyat.

Bukan tiada yang bersimpati serta menyangungi apa yang telah Ismail Sabri lakukan untuk rakyat. Beliau telah melakukan sedaya-upayanya untuk memastikan rakyat menimati kehidupan, namun disebabkan Keluarga Malaysia adalah kerajaan campuran, banyak kekangan yang perlu dihadapi serta diselesaikan.

Kini terpulang kepada Ismail Sabri Yaakob samada masih mahu terus mendengar nasihat yang salah atau terus kekal ‘menjaga hati’ rakan Kabinet Keluarga Malaysia.

 

“Ismail Sabri jangan jadi boneka” – Puad Zarkashi

 

One thought on “Populariti Kerajaan Keluarga Malaysia merudum teruk

Leave a Reply