Jurulatih terjun ke dalam kolam selamatkan perenang

Budapest: Perenang artistik Amerika Syarikat, Anita Alvarez nyaris lemas selepas tidak sedarkan diri di dalam kolam sebelum diselamatkan jurulatihnya, Andrea Fuentes ketika menyertai kejohanan dunia di Budapest semalam.

Andrea, pemenang pingat empat kali Olimpik renang berirama terjun ke dalam kolam selepas menyedari Anita tenggelam ke dasar kolam ketika hampir menamatkan rutin solo bebas akhir.

Dia diberikan rawatan segera di tepi kolam sebelum dibawa ke klinik berhampiran menggunakan pengusung.

Sebelum itu, Andrea turut menyelamatkan Anita di dalam kolam ketika menyertai kelayakan Olimpik tahun lalu selepas menariknya dengan bantuan rakan perenang, Lindi Schroeder.

“Keadaan Anita semakin baik. Ia detik menakutkan,” kata Andrea kepada media Sepanyol.

“Saya terjun ke dalam kolam sekali lagi kerana saya tak nampak sesiapa pun termasuk petugas penyelamat. Saya cemas kerana dia tidak bernafas tetapi kini dia OK. Dia perlukan rehat.”

Menurut Andrea lagi, Anita yang berusia 25 tahun itu akan dinilai oleh doktor sebelum keputusan dibuat mengenai penyertaan dalam acara berpasukan esok.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker