Keluarga Malaysia bakal tumbang jika laksana GST

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Kempen Anti GST- Muhyiddin Yassin

Trauma kempen Pakatan Harapan dijangkakan akan kembali menghantui rakyat sekiranya Kerajaan Keluarga Malaysia melaksanakan sistem cukai GST dalam masa terdekat. Lebih memburukkan keadaan, Kerajaan dikatakan bakal tumbang jika meneruskan hasrat tersebut selama ekonomi masih mengalami inflasi.

Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri telah mengumumkan pemansuhan harga siling minyak masak tulen (botol) dua hari lepas. Sebelum itu, Menteri KPDNHEP, Alexander Nanta Linggi mengumumkan bermula 1 Julai 2022, harga ayam dan telur tidak lagi dikawal dengan harga siling.

PAS tolak GST

Pengumuman tersebut diikuti dengan penambahan peruntukan BKM kepada penerima skim tersebut.

Bagaimanapun rakyat agak marah dengan pengumuman pemansuhan subsidi walau PM mengumumkan tambahan dalam skim BKM. Bagi mereka, dengan keadaan ekonomi negara yang baru bernafas kembali, tindakan menarik subsidi hanya akan membebankan.

Jika masih ingat kempen menolak GST yang diketuai Pakatan Harapan. Cara kempen mereka menggambarkan setiap barangan yang dijual termasuk barang mentah  dikenakan cukai 6% sedangkan SST hanya mengenakan 10% cukai dalam 1 resit.

Apa yang rakyat tidak sedar ialah dengan SST, setiap barangan dikenakan 10% cukai tetapi tidak dicetak untuk setiap barangan. Ia hanya dicetak pada resit dan harga barangan yang dibeli telah dicukai sebelum sampai ke kaunter.

Inilah persepsi yang dimainkan oleh Pakatan Harapan dalam kempen menolak GST. Adakah Kerajaan Keluarga Malaysia mempunyai mekanisme yang cukup untuk menerangkan perbezaan GST dan SST kepada rakyat?

Jangan lupa, PPBM dan PAS dalam Perikatan Nasional merupakan antara yang menentang pelaksanaan GST dahulu.

Jadi, kepada Ismail Sabri dan Keluarga Malaysia, adakah berbaloi mempunyai ‘musuh dalam selimut’ sekiranya mahu melaksanakan GST?

Populariti Kerajaan Keluarga Malaysia merudum teruk

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker