Real Madrid buru Son Heung-min

LONDON: Real Madrid dilaporkan menyasarkan Son Heung-min sebagai sasaran musim panas ini bagi menguatkan bahagian serangan mereka.

Son, 29, melalui musim cemerlang dalam Liga Perdana bersama Tottenham musim lalu – menjaringkan 23 gol untuk meraih anugerah Kasut Emas bersama penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Menurut wartawan Rudy Galetti, Real Madrid sedang memantau bintang Korea Selatan itu selepas prestasi hebatnya di depan gawang dan tidak lama lagi akan cuba memasuki pasaran perpindahan pemain.

Carlo Ancelotti yang menang Liga Juara-Juara buat kali kedua selaku pengurus Real Madrid – mahu menambah pilihan apabila beberapa pemain meninggalkan kelab itu.



Gareth Bale dan Isco akan meninggalkan kelab selepas kontrak mereka tamat manakala Marco Asensio dimahukan Liverpool dan AC Milan.

Kelab itu juga gagal mendapatkan Kylian Mbappe selepas sekian lama memburunya berikutan penyerang Perancis itu mengambil keputusan kekal di Paris Saint Germain.

Kelab itu terpaksa mencari pemain pilihan lain dan penyerang Spurs itu adalah calon paling sesuai.

Son menandatangani kontrak baharu bersama Spurs musim panas lalu yang membuatkannya kekal hingga 2025.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker