Azmin akan beri laluan PAS bertanding di Gombak?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Azmin Ali
Azmin Ali

Ahli Parlimen Gombak, Dato Seri Azmin Ali dikatakan akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15.

Menteri MITI itu turut dikatakan memilih Shah Alam sebagai tempat baru beliau bertanding.

Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR sebelum ‘melompat’ ke PPBM, sedar beliau sudah tidak diterima pengundi Gombak atas beberapa faktor.

Antara yang akan menjadi ‘mimpi ngeri’ buat Azmin, kisah satu video skandal seks songsang yang mirip dirinya. Malah, pengkhianatannya kepada PKR turut akan dijadikan panduan pengundi Gombak.

Kegagalan Azmin sebagai Menteri Ekonomi (Pakatan Harapan & Perikatan Nasional) turut menghantuinya untuk kekal di Gombak.

Umno dijangkakan akan meletakkan Ketua Bahagian Gombak sebagai calon bagi menyaingi bakal calon PAS.

PAS pula dikhabarkan akan meletakkan Yang DiPertua PAS Gombak mewakili Perikatan Nasional.

Khalid Samad

Shah Alam ketika ini diwakili Khalid Samad dari AMANAH. Sudah hampir pasti Khalid akan mempertahankan kerusi Shah Alam berdasarkan rekod perkhidmatannya yang cemerlang sejak 2008.

Azmin yang kini merupakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional, tidak mempunyai sebarang jawatan dalam PPBM dan hanya diberikan kedudukan istimewa kerana menyokong Muhyiddin Yassin.

Zuraida Kamaruddin

Beliau bersama Zuraida Kamaruddin bertindak keluar dari PKR semasa ‘Sheraton Move’. Bagaimanapun, Zuraida telah keluar dari PPBM dan menyertai Parti Bangsa Malaysia baru-baru ini.

Lim Guan Eng rupanya “kleptokrat besar”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker