Hanya salah faham, bukan cubaan culik – Adun Luyang

Kota Kinabalu: “Rakaman yang tular di media sosial bukanlah cubaan culik, sebaliknya lebih kepada menyelamatkan kanak-kanak daripada bahaya kemungkinan terjatuh ke dalam longkang,” kata C.

Phoong dalam kenyataan di Facebook berkata, selepas rakaman berkenaan tular, timbul pelbagai komen negatif yang lebih menjurus kepada tuduhan cubaan menculik.

Katanya, dia sudah menghubungi polis dan guru besar sekolah berkenaan bagi memahami keadaan sebenar.

“Polis memaklumkan bahawa kedua-dua pihak membuat laporan polis dan sudah diambil keterangan.

“Lelaki berbaju oren menjelaskan dia sebenarnya hanya cuba meminta murid perempuan berkenaan tidak bermain di atas kayu penutup longkang berkenaan,” katanya.

Phoong berkata, polis turut memaklumkan kejadian berkenaan sebenarnya hanya salah faham.

“Sekiranya ia adalah cubaan menculik, kanak-kanak itu sepatutnya ditarik masuk ke dalam kereta, namun dia sebaliknya dilepaskan seperti dalam rakaman berkenaan,” katanya.

Terdahulu, gelagat seorang lelaki yang dirakam menarik tangan kanak-kanak perempuan menggusarkan orang ramai selepas tular di media sosial, sejak pagi tadi.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di hadapan sebuah sekolah rendah di Taman Jindo, di sini, semalam, itu menimbulkan pelbagai persepsi terutamanya dalam kalangan ibu bapa.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker