PAS mungkin dibenar guna logo sendiri

LARUT: PAS mungkin dibenar menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai antara strategi meraih sokongan.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi PN.

“Hasil perbincangan akan diumumkan kemudian,” katanya kepada pemberita pada majlis kenduri kampung Anak Kurau di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, memberi bayangan parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRU-15.

Katanya, penggunaan logo itu dijangka memberi kelebihan kepada PAS yang sinonim dengan logo digunakan sejak 70 tahun lalu.

Hamzah bagaimanapun enggan mengulas mengenai tawaran Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, mempelawa Tajuddin bertanding atas tiket PN mewakili PAS sekiranya kerusi Parlimen Pasir Salak diperuntukkan kepada parti itu.

“Semua orang boleh buat pandangan atau membuat tawaran begitu dan itu hanya cadangan.

“Segala keputusan muktamad terletak kepada pucuk pimpinan, jadi saya tak perlu membuat mengulasnya,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker