Roma serius mahu dapatkan Ronaldo

Rom: Kelab gergasi Serie A, AS Roma dilaporkan ‘mencuba segala-galanya’ untuk melengkapkan perpindahan menakjubkan untuk mendapatkan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Akhbar Itali, Retesport mendakwa bahawa bekas pemain pertahanan Roma, Fabio Petruzzi memberitahu bahawa dia mempunyai maklumat daripada kelab lamanya bahawa Roma sedang berusaha mendapatkan bintang Portugal itu.

Jika itu berlaku, ia akan menyaksikan Ronaldo bersatu semula dengan bekas pengurus Real Madrid, Jose Mourinho.

Ronaldo baru-baru ini dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich namun kelab gergasi itu menolak dakwaan berminat membeli pemain berusia 37 tahun itu.

Ia selepas terdapat laporan menyatakan Ronaldo bersedia untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini kerana aktiviti perpindahan pemain yang kurang aktif di United.

Walaupun United dikatakan berminat mendapatkan Darwin Nunez, namun pemain itu sudah menyertai Liverpool.

United juga berminat mendapatkan pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong dan pemain sayap Ajax, Antony, tetapi setakat ini masih belum ada sebarang pembelian secara rasmi.

Walaupun Roma berminat dengan Ronaldo, hubungan bintang Portugal itu dengan Mourinho tidak terlalu mesra ketika di Santiago Bernabeu.

METRO

Leave a Reply