Sidang media hanya sesi Tajuddin luah perasaan

 

Oleh – Bakhtiar Omar

 



Sidang media Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman hanya sekadar sesi beliau meluahkan perasaan.

Walau sesi berkenaan agak panjang, Tajuddin menuding jarinya kepada Presiden Umno, Ahmad Zahdi Hamidi berulang kali.

Membawa isu yang agak ketinggalan, seperti SD menyokong Anwar Ibrahim, Tajuddin sebenarnya membuktikan beliau seorang yang tidak boleh dipercayai.

Sebagai ‘orang lama’ dalam Umno, Tajuddin sepatutnya faham tindakan beliau membuat pendedahan berkaitan parti hanya akan memburukkan keadaan serta mendedahkan strategi parti menghadapi PRU15.



 

Adakah Tajuddin sebenarnya sudah bersedia untuk menerima akibat dari sidang media tadi? Beliau juga faham apa itu Perlembagaan Parti yang termaktub sebagai panduan semua ahli Umno.

Datuk Seri Tajuddin Rahman

Tajuddin juga telah melakukan kesilapan dalam sidang media apabila turut membuktikan beliau sebenarnya tidak layak untuk bergelar Duta Besar Malaysia.



Jika hal ehwal dalaman parti pun Tajuddin boleh dedahkan, ada jaminankah beliau tidak mendedahkan rahsia negara sekiranya tidak berpuashati dengan pentadbiran atau sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Perdana Menteri?

Terbukti, Tajuddin hanyalah ahli politik picisan yang mementingkan ‘tengkuk’ dan mencari laba melalui politik selama ini.

Begitu memalukan Umno ada ahli yang berperangai begini dan mendapat pelbagai keuntungan selama Umno memerintah. 

Umno was not behind MP retracting support for PN, says Tajuddin



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button