Tajuddin Rahman bakal tinggalkan Umno?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Datuk Seri Tajuddin Rahman
Datuk Seri Tajuddin Rahman

 

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno (Lantikan), Datuk Seri Tajuddin Rahman dijadualkan akan membuat sidang media di sebuah hotel petang ini. 

Khabar angin sudah mula bertiup menyatakan Tajuddin akan meninggalkan Umno semasa sidang media diadakan.

Namun demikian, pihak kami percaya, Tajuddin selaku ‘orang lama’ dalam Umno tidak akan bertindak demikian.

Walau beberapa kenyataan yang dikeluarkan pihak lain menyatakan tidak sepatutnya Tajuddin digugurkan dari MKT Umno, Tajuddin sendiri belum lagi menyatakan apa-apa berkaitan pengguguran tersebut.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Prasarana, melepaskan jawatan selepas insiden perlanggaran membabitkan tren LRT di stesen LRT KLCC.

Tajuddin telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia baru-baru ini.

Tajuddin Rahman

Beliau bertanding jawatan Naib Presiden Umno namun kalah tetapi dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno atas kuasa Presiden Umno.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang terkenal dengan ‘kegarangan’ sewaktu berbahas di Parlimen, dijadualkan akan ke Indonesia selepas menerima watikah daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Wakil Tajuddin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan samada benar khabar angin Tajuddin akan keluar Umno atau tidak. Beliau hanya menyatakan sidang media telah diaturkan dan Tajuddin hanya akan menjawap semasa sidang media diadakan.

“Kalau lain dari parti, nanti orang kata pengkhianat”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker