Zahidi Zainul tegas dalam isu 5G

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

 

Sebagai seorang Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul cukup berani mengkritik Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dalam isu 5G baru-baru ini.

Beliau cuba bertanya hal berkaitan pengurusan Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) kepada Zafrul.

Bagaimanapun, cara Zafrul menjawap pertanyaan telah menyebabkan Zahidi berang. Menurut Zahidi, cara Zafrul agak keterlaluan dan beliau telah membawa perkara ini ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Pemuda UMNO, menerusi satu kenyataan media, mendesak agar satu siasatan menyeluruh dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap DNB.

 

Menurut kenyataan Pemuda UMNO, pelantikan Ralph Marshall sebagai CEO DNB melibatkan intergriti dan kredibiliti kerana beliau dikaitkan dengan jenayah rasuah di India.

Kos asal RM11.0 billion yang meningkat kepada RM30 billion juga diragui Pemuda Umno.

Zahidi Zainul selaku Timbalan Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuktikan beliau seorang yang sentiasa mendengar denyut nadi ahli Umno dan cakna dengan sesuatu yang meragukan.

Namun, apabila beliau berdepan dengan Zafrul, lain pula cara Menteri Kewangan itu bercakap. 

Zahidi menyuarakan kepada MKT UMNO agar kedudukan Tengku Zafrul sebagai Menteri wajar ditukarkan.

Baca – ZAFRUL WAJIB DIGUGURKAN

“Macam kita minta duit bank dia” – Zahidi Zainul

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker