Ahmad Maslan perjelas kenapa perlu pertahan Presiden

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan terus mempertahankan kedudukan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan menyenaraikan pelbagai kejayaan di bawah kepimpinannya.

Ahmad turut mengajak ahli dan penyokong merenung perjuangan pimpinan Ahmad Zahid termasuk kemenangan dalam tujuh pilihan raya kecil (PRK) serta pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor, kejayaan mengambil alih Perak, rakan karib BN di Sarawak (GPS) menang 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan paling besar apabila desakan 15 Ahli Parlimen sehingga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Susulan pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam sehingga membawa kepada krisis dalaman parti, Ahmad menerusi ciapan di Twitter berkata, apa yang penting dalam kepimpinan ialah hasil kejayaan yang diperoleh.



“Dalam perjuangan yang penting adalah hasilnya. Apakah hasil perjuangan diketuai Presiden dibantu Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan ahli MKT yang ada setakat ini.

 

 

Tajuddin pada sidang media khas semalam, mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan secara terhormat kerana tidak layak memimpin UMNO.

Beliau yang digugurkan daripada jawatan ahli MKT UMNO juga mendakwa, Ahmad Zahid sebenarnya mengepalai gerakan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.



Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mendedahkan ada gerakan pada Mei 2020 diketuai Timbalan Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatannya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button