Ajax berat lepas Martinez, Antony

LONDON: Ajax meletakkan harga lebih 115 juta pound (RM620.8 juta) untuk Lisandro Martinez dan Antony yang menjadi sasaran Manchester United pada musim panas ini.

Arsenal turut berminat mendapatkan bek tengah Argentina, Martinez dan sanggup membayar sekitar 35 juta pound (RM189 juta), bagaimanapun gergasi Belanda itu meletakkan harga 45 juta pound (RM243 juta) dan tidak terdesak untuk menjualnya.

Bagi Antony pula, Ajax seakan tidak mahu melepaskan pemain sayap itu apabila meletakkan harga sehingga 70 juta pound (RM378 juta).

Pemain 22 tahun Brazil itu menjadi sasaran utama pengendali baharu United Erik ten Hag selepas mereka terlepas mendapatkan Darwin Nunez yang disambar Liverpool.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker