Berani kritik Zafrul, Zahidi Zainul patut jadi Menteri penuh

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Zahidi Zainul

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul patut diangkat menjadi Menteri penuh apabila menunjukkan kewibawaannya apabila mengkritik Tengku Zafrul dalam isu DNB tempohari.

Zahidi mahu Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, digugurkan dari jawatan sekarang kerana enggan menjelaskan isu berkaitan kos yang tidak munasabah untuk Projek 5G Kebangsaan.

Beliau membuat gesaan tersebut kepada Majlis Kerja Tertinggi Umno, Jumaat lepas. Ia berikutan satu memorandum oleh Pemuda Umno Malaysia yang mahu SPRM menyiasat DNB.



Dalam memorandum tersebut, Pemuda Umno agak kesal apabila seorang individu yang dikaitkan dengan jenayah rasuah dipilih menjadi CEO DNB.

Menerusi memorandum itu juga, Pemuda Umno mahu siasatan penuh dilakukan oleh SPRM beriktan kenaikan kos DNB yang meragukan.

Zahidi Zainul berata kepada wartawan selepas selesai mesyuarat MKT Umno. Beliau juga menyifatkan Zafrul tidak ubah seperti seorang ‘banker’ apabila enggan melayan permintaannya untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkait memorandum tersebut.

“saya tengok menteri kewangan (Zafrul) agak marah kepada saya, dia jawap kalau nak lawan, kita lawan” – Zahidi Zainul.



Dalam perkara ini, tindakan Zahidi wajar mendapat pujian apabila membawa suara Pemuda Umno untuk kepentingan rakyat.

Zahidi Zainul tegas dalam isu 5G

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker