Pandelela Rinong raih gangsa di Budapest

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg meraih gangsa acara 10m platform wanita di Kejohanan Dunia FINA di Budapest, Hungary.

Turun sebagai penerjun paling senior dalam acara berkenaan, Pandelela mengutip 338.85 mata keseluruhan, ketinggalan 78.4 di belakang Chen Yuxi dari China yang memenangi emas.

Seorang lagi peserta China, Quan Hongchan, 15, yang mengatasi Yuxi untuk emas Olimpik Tokyo, di tempat kedua dengan 416.95 mata – hanya 0.4 di belakang rakan senegaranya itu.

Selepas ini Pandelela akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee.

BHOnline

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker