Tingkat minat pelabur asing

Tingkat minat pelabur asing

Tingkat minat pelabur asing
LANGKAH kerajaan mengeluarkan SIP secara aktif kepada pelabur dalam usaha menjadikan Malaysia destinasi pelaburan global.

Kuala Lumpur: Pas Pelabur Strategik (SIP) yang menawarkan manfaat layanan istimewa untuk pelabur memasuki Malaysia secara berulang kali, dijangka dapat melonjakkan tarikan Malaysia bagi kalangan pelabur asing, kata ahli ekonomi.

Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Yeah Kim Leng berkata, kemudahan itu juga mampu meningkatkan persepsi positif pelabur terhadap iklim pelaburan negara ini.

“Sentimen sedemikian akan mempengaruhi keputusan masa depan mereka untuk sama ada mengembangkan atau memindahkan operasi ke negara lain (seperti di Malaysia),” katanya.



Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Julai lepas mengenai langkah kerajaan mengeluarkan SIP secara aktif kepada pelabur dalam usaha menjadikan Malaysia destinasi pelaburan global, termasuk membolehkan pelabur tinggal di negara ini untuk sekurang-kurangnya lima tahun sebelum dipertimbangkan untuk lanjutan selama lima tahun lagi.

Anwar turut mengumumkan hasrat kerajaan untuk memperluaskan skop Pas Lawatan Profesional Nomad Digital untuk merangkumi kemahiran berkaitan pembuatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




Pas itu membolehkan profesional yang layak seperti pereka elektrik dan elektronik (E&E) serta litar bersepadu (IC) berpeluang berpindah ke Malaysia dan bekerja secara bebas sehingga dua tahun.

Mengulas selanjutnya, Yeah turut menyifatkan SIP sebagai antara beberapa kaedah pemudah cara utama yang diperkenalkan kerajaan bagi meningkatkan semula kedudukan negara sebagai destinasi pilihan.

“Ini satu inisiatif yang berpandangan jauh (bagi membawa kemajuan) berikutan persaingan sengit untuk mendapatkan pelaburan langsung asing, perdagangan, tenaga kerja serta modal di rantau ini.

“SIP ini akan mempermudah akses bagi pegawai dagang utama yang sememangnya kerap melakukan perjalanan serta berada di negara ini.



“Pegawai dagang ini yang lazimnya berkemahiran tinggi dan berkaliber, turut menyumbang dari segi pemindahan pengetahuan, teknologi serta peningkatan kemahiran bagi kalangan tenaga kerja tempatan, terutama mereka yang dilatih untuk mengambil alih peranan atau fungsi utama,” katanya.

Sementara itu, mengulas Pas Lawatan Profesional Nomad Digital, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, inisiatif itu bertujuan mempercepat usaha peningkatan kemahiran atau membantu sektor E&E meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai.

Tingkat minat pelabur asing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button