KB Umno mana yang mahu Zahid berundur?

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Datuk Seri Tajuddin Rahman

 

KB Umno mana yang mahu Datuk Seri Zahid Hamidi berundur dari jawatan sepertimana dinyatakan Datuk Seri Tajuddin Rahman tempohari?

Tajuddin dalam satu sidang media mendedahkan, seramai 130 orang Ketua Bahagian UMNO mahu Zahid berundur.

Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada seorang pun kalangan KB Umno secara terbuka menyatakan mereka mahu Zahid berundur.



WUJUD KOMPROMI DENGAN ‘BROKER’ YANG MAHU ROSAKKAN UMNO?

Adakah kerana kalangan KB ini telah berkompromi secara senyap-senyap dengan ‘broker’ untuk membuat ‘blackop’ bagi menjayakan perancangan tersebut?

Walau dinafikan kewujudan ‘Broker’ yang cuba mencatur perjalanan politik dalaman Umno, ahli Umno tahu ada gerakan tertentu bagi membuat kacau dalam Umno.

KB Umno mana yang mahu Zahid berundur

KB Umno yang tidak sependapat atau memang sudah ada calon lain bagi menggantikan Zahid sewajarnya sudah menonjolkan siapa yang mereka inginkan bagi memimpin Umno selepas pemilihan dijalankan.

MANDAT DIBERIKAN PERWAKILAN KEPADA KEPIMPINAN UMNO TANPA TENTANGAN

Sebagai rekod, EGM Umno telah memperolehi mandat dari perwakilan dan memutuskan pemilihan Umno hanya akan dijalankan dalam tempoh 6 bulan selepas PRU15 diadakan.



Sepatutnya jika Ketua Bahagian tidak bersetuju dan mahu pemilihan diadakan, mereka perlu menyuarakannya pada PAU2020 dan menyuarakan protes sekali lagi semasa EGM UMNO 2021.

Tajuddin juga sehingga hari ini masih belum dapat membuktikan dakwaan serta menamakan Ketua Bahagian yang mahu Zahid berundur.

TAJUDDIN TUNJUK SIKAP YANG SALAH, ROSAK IMEJ SENDIRI

Sepatutnya, sebagai ‘orang lama’ dalam politik Umno, Tajuddin tahu saluran mana yang boleh digunakan untuk bersuara.

Secara tidak langsung, Tajuddin menampakkan sisi tidak matang beliau dalam berpolitik serta sikap ‘orang tua nyanyuk’ yang hanya mahukan perhatian.

Umno sudah wujud selama 76 tahun telah melalui pelbagai fasa yang mendewasakan parti serta menghasilkan pemimpin luarbiasa untuk negara.

Pernah diharamkan pada tahun 80an namun Umno bangkit kembali dan terus menerajui Malaysia.

Terpalit dengan sejarah hitam apabila kalah pada PRU14 kerana tohmahan serta fitnah jahat terhadap UMNO.

 

“Sesiapa sahaja boleh tandingi jawatan Presiden” – Zahid

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker