Richarlison sesuai imej baharu Tottenham

LONDON: Antonio Conte tidak mahu lagi Tottenham tampil sebagai pasukan berperwatakan baik, jadi kehadiran Richarlison mampu mengubah imej itu.

Bintang Brazil itu mengumpul 30 kad kuning dan dua kad merah sepanjang lima tahun di Liga Perdana Inggeris, dan ia sudah mencukupi untuk mencemari penampilan bersih Spurs sebelum ini.

Mei lalu, dia meraikan jaringan penting ke atas Chelsea dengan membaling semula suar ke kawasan penyokong Everton.

Insiden itu masih dalam siasatan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA), dan dia kemungkinan digantung pada awal musim depan.

Richarlison, 25, menyelamatkan Everton kendalian Frank Lampard daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan dengan meledak enam gol dalam sembilan perlawanan terakhir liga.

Spurs memandang tinggi keupayaan Richarlison dan sanggup menjadikannya pemain kedua termahal di belakang Tanguy Ndombele yang dibeli pada harga 65 juta pound (RM347.9 juta).

Richarlison akan bersaing dengan Dejan Kulusevski untuk barisan tiga penyerang Spurs bersama-sama Harry Kane, 28, dan Son Heung-min, 29.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker