Faizal, Radzi, Azmin antara nama TPM dari PN

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Faizal, Radzi, Azmin sebagai TPM

Nama Faizal Azumu, Radzi Jidin dan Azmin Azmin Ali antara yang dicadangkan untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dari PPBM.

Menurut sumber, antara 3 nama tersebut, Faizal Azumu adalah calon paling popular yang akan mengisi jawatan TPM.

Faizal Azumu Menteri Belia dan Sukan
Menteri Belia dan Sukan

Berdasarkan rekod Faizal, kejayaan beliau berjaya membawa pasukan Harimau Malaya ke Piala AFC merupakan antara kriteria yang akan dijadikan sebab untuk dilantik sebagai TPM. Kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen dan Adun juga merupakan kelebihan untuknya mengatasi 2 calon lain.



Walau dibayangi rekod buruk Sukan Sea, Faizal telah membuktikan beliau berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan kejayaan Harimau Malaya. Rekod politik beliau juga agak bersih tanpa kontroversi.

Senator Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Radzi Jidin

Bagaimanapun, Radzi Jidin dan Azmin mempunyai kekuatan yang boleh mencabar Faizal. Radzi berpengalaman sebagai Timbalan Menteri Ekonomi Pakatan Harapan, kini dilantik sebagai Menteri Kanan Pendidikan. Hasil kerja kuat beliau juga terbukti apabila berjaya memperkenalkan pendidikan secara online ketika pandemik covid19 melanda.

Malah, pencapaian keputusan SPM, STPM juga menunjukkan peningkatan terbaik sepanjang beliau memegang portfolio tersebut.

Azmin Ali
Azmin Ali Menteri Kanan MITI

Azmin Ali, yang juga Menteri Kanan, merupakan seorang ahli politik yang cukup berpengalaman sejak zaman reformasi sehingga menyertai PPBM kini merupakan Menteri MITI.



Seorang yang berjaya menghidupkan impian Muhyiddin Yassin untuk mendapat sokongan PKR semasa Sheraton Move sehingga berjaya menyingkirkan Mahathir dari kedudukan Perdana Menteri ketika itu.

Nama mereka dipercayai telah diserahkan kepada PM, Dato Sri Ismail Sabri untuk dipertimbangkan sebagai TPM.

MANA NAMA PRESIDEN PAS TAN SRI HJ HADI AWANG?

Muhyiddin Mengadap Hj Hadi

Agak dukacita, nama Tan Sri Hj Hadi Awang langsung tidak tersenarai walau PAS kini merupakan antara ‘tulang belakang’ Perikatan Nasional.

Sewajarnya, Muhyiddin perlu meletakkan juga nama wakil PAS sebagai menghormati jalinan kerjasama PPBM dan PAS sebagai gabungan kuat.

Tindakan tidak menamakan Presiden PAS ini hanya mengundang tandatanya apakah PAS hanya sekadar ‘keldai tunggangan’ di dalam PN?

Digunakan hanya untuk mencari sokongan Melayu tetapi tidak diberikan ‘pulangan’ sepatutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker