BKM mungkin ditambah bagi bantu rakyat

PASIR SALAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan kerajaan tidak menolak untuk menyediakan bantuan tunai tambahan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) jika kenaikan harga barangan terus berlaku.

Ia bagi membantu meringankan beban golongan B40 yang terus terkesan dengan kos sara hidup jika harga barang terus meningkat.

Ismail Sabri berkata, ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat.

“Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya dalam ucapannya pada Kenduri Rakyat pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor, di sini, semalam.

Untuk rekod, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker