Sekadar ‘pinjam’ nyawa

Tashkent: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dipercayai hasil hubungan sumbang mahram meninggal dunia dalam beberapa jam selepas kelahiran kerana masalah genetik.

Portal Daily Star melaporkan bayi dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan pada 4 Jun lalu itu dikatakan mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya dipercayai adik-beradik.

Video menyayat hati merakamkan bayi itu menangis dalam inkubator ketika seorang jururawat mengelap kulit kering dan bersisik di bahagian bawah badannya.

Kongenital iktiosis adalah penyakit kulit yang diwarisi dan mempunyai ciri kulit yang merah, kering serta kasar dengan ‘sisik’ putih kasar dan halus yang besar.

Ibunya yang dilahirkan pada 1994, mengandung 35 minggu dan empat hari, ketika dia melahirkan bayi lelaki itu, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28 Jun.

Bayi lelaki itu adalah anak keduanya, yang pertama dilahirkan oleh suami terdahulu dan kehamilan itu normal, tambah kementerian berkenaan seperti dilaporkan portal berkenaan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker