Ada Port Nasi Kandar Paling Sur Di Kota Damansara

Sebut sahaja nasi kandar, sudah tentunya ramai yang memilih untuk ke Pulau Pinang kerana banyak pilihan kedai boleh disinggah. Bermula dari harga paling murah sehinggalah yang paling mahal pun ada!

Tapi sebenarnya, anda tak perlu travel jauh-jauh untuk dapatkan nasi kandar paling terangkat sebab di Kota Damansara pun ada tau! Kalau anda belum cuba dan belum tahu, memang rugi! Jom baca info lanjut di bawah.

PORT NASI KANDAR PALING SUR & TERANGKAT DI KOTA DAMANSARA

Tak lain dan tak bukan sudah tentunya, Nasi Ahmad Kota Damansara. Terdapat dua cawangan di sekitar Kota Damasara dan kesemua cawangan memang sentiasa full house.

Nasi Ahmad merupakan nasi Kedah resepi turun temurun seorang ibu yang bekerja sebagai tukang masak. Encik Abdul Halim merupakan pengasas Nasi Ahmad mengambil keputusan untuk tinggal Kota Damansara selepas tamat kontrak pekerjaan.

Selama dua tahun berhempas pulas mempelajari resepi daripada seorang ibu, Encik Abdul Halim akhirnya membuka kedai dan memilih untuk tidak menggunkan nasi putih sebaliknya nasi kuning sebagai hidangan utama dan menjadikan ia nasi kandar paling spesial sekitar Kota Damansara.

MENU WAJIB CUBA KALAU SINGGAH NASI AHMAD

Antara menu wajib anda cuba dan order sudah tentunya, Nasi Ahmad ayam goreng, ayam kicap madu , daging masak hitam dan kambing merah. Itu merupakan menu kegemaran pelanggan dan tak cukup satu pinggan, confirm tambah nasi.

Cara order sama seperti nasi kandar di Pulau Pinang, anda boleh memilih untuk lebih kuah atau sedikit kuah. Rasa kari yang cukup pekat, rempah ratus dan ditabur dengan hiasan bawang goreng.

Bawang gorengnya pula daripada lain kerana homemade dan tidak dibeli di pasaraya. Setiap hari akan buat yang baharu supaya kualiti lebih terjaga dan menepati citarasa pelanggan.

Paling penting, harganya sangat berpatutan dan sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Kini, anda tak perlu lagi travel ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar, Nasi Ahmad Kota Damansara kan ada! Ada 2 cawangan anda boleh kunjungi iaitu:

1. Nasi Ahmad Seksyen 3 Kota Damansara

2. Nasi Ahmad Seksyen 6 Kota Damansara

siraplimau

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker