Chelsea tunggu lampu hijau Tuchel ikat Ronaldo

LONDON: Usaha Chelsea mendapatkan Cristiano Ronaldo masih menanti lampu hijau daripada pengendalinya, Thomas Tuchel.

Pengerusi baharu The Blues, Todd Boehly adalah peminat bintang Portugal itu tetapi dia perlu meyakinkan Tuchel untuk membawa Ronaldo ke Stamford Bridge.

Boehly cuba mendapatkan nama besar untuk meraikan kehadirannya sebagai pemilik baharu selepas mengambil alih kelab itu pada harga 4.25 bilion pound (RM22.7 bilion).

Penyerang Manchester United berusia 37 tahun itu dilihat sebagai calon terbaik selepas Ronaldo memberitahu bos di Old Trafford yang dia mahu meninggalkan kelab.

Tuchel dan Boehly akan berbincang sama ada mereka patut melabur untuk Ronaldo atau mencari pemain lain bagi memperkuat skuad.

Bagi Tuchel, bintang Manchester City, Raheem Sterling dan pertahanan adalah keutamaan mereka ketika ini, selepas kehilangan bek tengah pada jendela perpindahan kali ini.

Antonio Rudiger dan Andreas Christensen meninggalkan Stamford Bridge secara percuma, manakala masa depan kapten pasukan, Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso masih menjadi tanda tanya.

Usaha The Blues mendapatkan pemain Sevilla, Jules Kounde dan bintang Juventus, Matthijs de Ligt juga mengalami masalah.

Chelsea turut kehilangan penyerangnya, Romelu Lukaku yang kembali ke Inter Milan secara pinjaman, hanya setahun selepas kembali menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker