Najib syorkan kerajaan beri B40, M40 minyak percuma

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib hari ini mengesyorkan kepada kerajaan untuk memberi minyak masak secara percuma kepada B40 dan M40.

Beliau menggesa agar kerajaan mempertimbangkan kaedah pemberian secara baucer digital ataupun tunai RM45 sebulan bagi mengatasi masalah minyak bersubsidi.

Jumlah kos subsidi minyak masak peket (yang dijual pada harga RM2.50 setiap kg) kepada kerajaan adalah: – 2020: RM500 juta – 2021: RM2.2 bilion – 2022: RM4 bilion (bajet yang diumum kerajaan 2 minggu lalu).



Kos naik sebab harga minyak sawit naik sejak tahun 2020.

Bilangan rumah tangga di Malaysia pada tahun 2020 adalah sebanyak 8.2 juta – iaitu 3.28 juta B40 dan 3.28 juta M40.

Kerajaaan kata harga sebenar minyak masak ialah sekitar RM9.00 setiap kg. Jadi, 5 peket = RM45.00

Sekiranya kerajaan memberi baucer digital untuk 5 peket 1kg secara percuma setiap bulan kepada B40 dan M40, maka: 6.56 juta rumah tangga (B40 dan M40) X RM45 = RM295.2 juta sebulan.



Setahun ialah RM3.54 bilion – iaitu di bawah bajet RM4 bilion diumum kerajaan bagi menyediakan minyak masak peket bersubsidi.

Dato Sri Najib Razak

Jadi, adakah ianya lagi elok untuk berbelanja RM3.54 bilion untuk memberi 5kg minyak masak secara percuma kepada setiap rumah tangga B40 dan M40 berbanding belanja RM4 bilion untuk menyediakan minyak masak peket bersubsidi yang dijual pada harga RM2.50?

JIka tidak mahu memberi baucer, boleh pula beri cash RM45 sebulan kepada setiap rumah tangga B40 dan M40 selagi harga minyak masak masih tinggi.

Dengan ini, masalah kesukaran mencari bekalan minyak masak peket bersubsidi, penyalahgunaan serta penyeludupan tidak lagi wujud.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker