UMNO Hormati Komponen Dalam BN – Zahid Hamidi

UMNO Hormati Semangat Dalam BN – Presiden UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu menghormati semangat setiakawan parti komponen dalam Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian bila diminta mengulas kenyataan Ketua Puteri UMNO Sg Siput yang menulis agar kerusi Parlimen Sg Siput tidak lagi diberikan kepada MIC.

Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

Semasa dihubungi my-tv.online pagi tadi, Zahid turut menyatakan belum ada perbincangan pembahagian kerusi dalam BN. Oleh demikian MIC tidak perlu gusar akan kenyataan Ketua Puteri berkenaan.

Zahid juga menyeru agar semua pihak dalam BN termasuk MIC agar bertenang dan berbincang secara tertutup dengan UMNO tentang kerjasama dalam BN.

“kita menghormati MIC sebagai komponen dan perbincangan berterusan mengenai pembahagian kerusi akan dilakukan dalam semangat BN, malah kerusi Sg Siput boleh dikatakan sebagai kerusi tradisi MIC” – Zahid Hamidi

SK Devamany
MIC

Dalam pada itu kami turut menerima respon menerusi panggilan telefon daripada Dato SK Devamany bekas calon Parlimen Sg Siput yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands.

“dalam BN kita telah lama bekerjasama dengan UMNO, jadi tidak molek untuk sebarang kenyataan dikeluarkan. Secara tradisi kerusi tersebut memang tempat MIC sejak Tun Samy Vellu dan kita tetap hargai pengundi dari semua kaum di situ” – SK Devamany

Bagaimanapun dalam satu laporan MIC TUNTUT 3 KERUSI DUN PERAK dilihat sebagai tidak wajar sama sekali. MIC sepatutnya turut mengamalkan sikap yang lebih baik kepada UMNO.

Presiden MIC juga sepatutnya berhenti mengeluarkan kenyataan terbuka yang kelihatan seperti mahu merosakkan hubungan baik dalam BN.

MIC juga seharusnya berjumpa dengan Presiden UMNO untuk berbincang dan berusaha menguatkan kembali BN.

Bagaimanapun usaha menghubungi Naib Presiden MIC, Dato Sivaraaj Chandran belum berhasil. Sivaraaj yang kerap turun padang di Parlimen Padang Serai dikatakan akan menjadi calon MIC di kawasan terbabit.

MIC umum tidak sertai Perikatan Nasional tetapi sokong kerajaan – Setiausaha Agung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker