Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

Oleh – Editor


Lim Guan Eng cuba 'bodohkan' rakyat sekali lagi

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sekali lagi cuba ‘membodohkan’ rakyat dengan janji menghapuskan bayaran tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) jika Pakatan Harapan menang PRU15.



Beliau membentangkan rekod penurunan 18% kadar tol yang dilakukan Pakatan Harapan semasa memerintah 22 bulan.

Lim Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan PH berkata demikian semasa majlis makan malam kempen Pakatan Harapan di Jelapang, Perak.

 Pengerusi DAP Lim Guan Eng berjanji tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) akan dimansuhkan jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya. – Lim Guan Eng – 31 Oktober 2022

Pada 2017, Pakatan Harapan menjanjikan perkara sama dan dalam manifesto yang dibentangkan ada akujanji akan memansuhkan bayaran tol di seluruh negara.



Selain pemansuhan tol, PH dalam manifesto PRU14 juga berjanji bayaran balik peminjam PTPTN hanya akan dilaksanakan selepas gaji peminjam mencecah RM4 ribu (kasar).

Selain itu, PH juga berjanji memberi subsidi bernilai RM500 kepada keluarga B40 bagi mendapatkan rawatan asas di klinik.

Lim Guan Eng cuba 'bodohkan' rakyat sekali lagi

PH juga menyenaraikan pemisahan Pejabat Pendakwaraya dari Pejabat Peguam Negara selain melantik seorang Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen yang telah dilantik sebagai Menteri.



Jika dinilai semula kandungan manifesto PH pada PRU14, tiada satupun telah berjaya mereka laksanakan selama 22 bulan memerintah.

Pelaksanaan pengurangan kadar tol sebanyak 18% yang disebut Lim Guan Eng hanyalah bagi ‘menutup mulut’ pengkritik politik dari terus menyerang mereka berkaitan manifesto.

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button