PRU15, 3 Ahli Parlimen Umno dijangka tidak dicalon semula

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

3 Ahli Parlimen Umno



3 orang ahli Parlimen Umno dijangka tidak akan dicalon semula bagi memberi peluang kepada muka baru mengambil alih.

Mereka ialah – Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) dan Datuk Mastura Yazid (Kuala Kangsar).

Annuar Musa, 66 tahun, berkecimpung dalam politik sejak 1986 bermula dari N18 Peringat, Kelantan dan bertukar ke Parlimen pada 1990 di Nilam Puri.



Pernah terbabit kontroversi berkaitan satu kes di luar negara, Annuar Musa perlu mempertimbangkan imej beliau yang semakin tercalar di peringkat nasional.

ANNUAR MUSA AKAN BERTANDING JAWATAN PRESIDEN ATAU TIMBALAN PRESIDEN?

Seringkali mengeluarkan kenyataan yang kontra dengan kepimpinan Umno, Annuar dilihat cuba menampilkan dirinya sebagai seorang yang punyai kredibiliti untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Tidak ada sesiapapun dalam Umno boleh mempertikaikan kemampuan Annuar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sekiranya beliau mempunyai jumlah undi yang kuat.

Dato Seri Shahidan Kassim

Shahidan Kassim, 71 tahun, orang lama politik Perlis, memulakan karier politiknya sebagai Ahli Parlimen Arau pada 1986. Beliau turut memilih bertanding sebagai Adun Tulang Tambun bermula 1985, 1999, 2004 dan 2008.



Turut terpalit dengan isu pencabulan, Shahidan kini menjawat jawatan Menteri Wilayah selepas melepaskan jawatan Pengerusi PR1MA.

Dikenali sebagai seorang yang kuat membantu kempen pilihanraya kecil sejak kekalahan BN pada 2018. Beliau juga salah seorang daripada individu yang seringkali mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan kepimpinan UMNO.

Berbeza dengan Datuk Mastura Yazid, 61 tahun, yang ‘mewarisi’ kedudukan sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar selepas tragedi menimpa Allahyarham Wan Mohamad Khair-il sewaktu kempen PRN Sarawak.



Mastura, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menang PRK Kuala Kangsar buat kali pertama pada 2016 dengan majoriti 6,969 namun merosot pada PRU14 kepada 731.

Beliau kini merupakan Exco Wanita Umno, telah memindahkan keahlian Umno beliau dari Kuala Kangsar ke Rembau namun kekal sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar sejak menang sehingga sekarang.

Tidak dapat dipastikan secara sah mengapa tiba-tiba sahaja nama 3 ahli parlimen Umno ini dikatakan tidak akan dicalonkan semula pada PRU15 kelak.

 



KB Umno mana yang mahu Zahid berundur?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button