Suspek tikam ibu hingga mati direman 7 hari

MELAKA: Seorang penganggur yang disyaki menikam leher ibunya hingga mati di sebuah kediaman di Kampung Paya Luboh, di sini, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman hingga 12 Julai terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin, selepas permohonan dikemukakan polis pada pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 38 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka kira-kira jam 9.40 pagi, dengan

berpakaian baju lokap berwarna ungu.



Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, anak sulung daripada lima beradik itu ditahan polis dengan bantuan penduduk kampung di pekarangan rumah keluarga berkenaan selepas adiknya menjerit meminta tolong.

Media sebelum ini melaporkan mangsa, Rozizah Md Dom, 63, yang juga pesara guru, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidur oleh anak perempuannya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, dipetik berkata hasil siasatan awal mendapati suspek mendakwa menikam ibu selepas mendengar satu bisikan yang menyuruh membunuh warga emas itu, kononnya kerana mangsa menyembah berhala.

Suspek yang juga seorang duda dilaporkan mendapat rawatan psikiatri di Hospital Melaka sejak empat tahun lalu, dan mempunyai dua rekod berkaitan dadah sebelum ini.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker