Tahniah Azmin Ali, bakal TPM Keluarga Malaysia?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Azmin Ali bakal TPM

Dato Seri Azmin Ali dijangka bakal menjadi TPM Keluarga Malaysia dalam masa terdekat. Desas-desus dari beberapa penganalisa politik Malaysia, Muhyiddin Yassin yakin dengan lantikan Azmin sebagai TPM, akan mengukuhkan kedudukan PPBM dalam kerajaan.

Rekod perkhidmatan Azmin sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sepanjang 2018-2022 dijadikan rujukan untuk menjawat jawatan TPM.

Sebagai rekod, Azmin Ali mempunyai pengaruh dalam menentukan jumlah kerusi yang dimiliki PPBM di Parlimen. Mengambilkira peranan beliau, Muhyiddin tentu akan menamakan Azmin sebagai TPM dan bukan Faizal Azumu.



Perlu diingat, apa yang dilakukan Azmin ketika Sheraton Move juga merupakan pengorbanan paling besar dalam karier politiknya. Perjalanan politik beliau bukan sehari-dua dan berbekalkan kepada semua itu, Azmin sangat layak untuk PPBM calonkan sebagai TPM.

Pengalaman sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berjaya membuktikan beliau adalah aset berharga untuk PPBM. 

RUJUKAN KARIER AZMIN ALI

PPBM Tamak

Menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tanpa sebarang jawatan, Azmin dilantik sebagai Ketua Penerangan Perikatan Nasional. Beliau kini merupakan salah seorang dari Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.



Azmin kini menemani Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri dalam lawatan kerja ke Turkiye dijangka akan menerima tawaran tersebut tanpa sebarang syarat.

PPBM Tamak

Muhyiddin sebelum ini bertemu dengan PM bagi membincangkan jawatan TPM. Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful pula mengingatkan Ismail Sabri perihal ‘perjanjian’ yang termaktub antara Perikatan Nasional dan Ismail Sabri. Dipercayai ia ada kaitan dengan jawatan yang dibincangkan Muhyiddin bersama Ismail Sabri.

Surat terbuka kepada Ismail Sabri Yaakob

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker