Ameera Khan Padam Semua Gambar Di Instagram

Adik kepada selebriti serta usahawan terkenal, Neelofa iaitu Little Miss Khan mencuri perhatian wargamaya selepas dipercayai memadam semua foto yang pernah dimuat naik di laman Instagram sebelum ini.

Menerusi hasil pemerhatian pihak OHBULAN! mendapati akaun milik Nur Ameera Khan sama sekali tidak mempunyai gambar dan profile photo. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada foto-foto yang pernah dimuat naik sebelum ini sudah dipadam atau pun telah diarchive.

Bukan itu sahaja, menerusi pautan Instastory juga pempengaruh ini sama sekali tidak berkongsi aktiviti hariannya seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, netizen turut tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada Nur Ameera dan rindu akan kandungan-kandungan yang pernah dikongsi di laman Instagram sebelum ini. Bagaimanpun, tidak dapat dipastikan atas alasan apa tuan empunya badan berbuat demikian.

Sebelum ini, Nur Ameera merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2022 dan sudah mempunyai tarikh perkahwinan serta cincin namun masih belum mempunyai calon suami.

Bukan itu sahaja, adik kepada Neelofa juga sebelum ini pernah meninggalkan komen di ruangan Instagram (IG) pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol.

My favourite person.

Little Miss Khan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker