Lingard bakal kembali ke West Ham

Lingard bakal kembali ke West Ham

Lingard bakal kembali ke West Ham
LINGARD yang berstatus ejen bebas dibenarkan menjalani latihan bersama West Ham dan dilaporkan berjaya memikat perhatian Moyes. – AFP

LONDON – Bekas pemain Nottingham Forest, Jesse Lingard dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak bersama West Ham United secara percuma.

Lingard meninggalkan Forest pada penghujung musim lalu selepas gagal memberikan impak di City Ground menyebabkan dia menjalani latihan bersama West Ham sejak beberapa minggu lalu.

Bekas pemain Manchester United itu pada musim 2020/21 pernah menyertai The Hammers secara pinjaman dan berjaya menunjukkan prestasi luar biasa, namun selepas kembali ke Old Trafford dia membuat keputusan untuk kekal bersama United.

Ketika dia dilepaskan United, ramai yang menyangka Lingard bakal menyertai West Ham, namun membuat keputusan ke Forest, tetapi kali ini dia mungkin akan kembali sekali lagi ke Stadium London.

Sepanjang proses latihan bersama West Ham, pengendali pasukan itu, David Moyes dilaporkan berpuas hati dengan prestasi dipamerkan Lingard selain peningkatan tahap kecergasannya juga berjaya memikat perhatian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti


Difahamkan, Lingard bakal diberikan kontrak jangka pendek, namun proses berkenaan hanya akan dilakukan pada hari terakhir jendela perpindahan ketika West Ham juga sedang berusaha untuk mendapatkan seorang penyerang ketika ini.

Danny Ings dilaporkan gagal memikat Pengarah Teknikal West Ham, Tim Steitden menyebabkan mereka mungkin akan ke Brazil untuk mendapatkan bintang muda Corinthians, Yuri Alberto. – AGENSI

Lingard bakal kembali ke West Ham


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker