Banjir Baling: Kedah perlu adakan Suruhanjaya Siasatan Awam

GEORGETOWN: Kerajaan Kedah perlu mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling dan Gunung Jerai, baru-baru ini, menurut Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Presiden SAM, Meenakshi Raman dalam satu kenyataan, semalam, berkata siasatan itu perlu bagi memastikan punca sebenar apa yang berlaku di negeri itu, selain mengenal pasti langkah dan jurang yang perlu ditangani dengan segera.

“Bagi menjelaskan perkara ini dan mendapatkan semula keyakinan orang ramai, SAM sekali lagi menyeru Kerajaan Kedah untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam.



“Sekadar menyalahkan alam semula jadi tidak berkesan lagi kerana keamatan dan kekerapan hujan lebat berikutan perubahan iklim akan menjadikan masalah berulang,” katanya.

Banjir di Baling meragut tiga nyawa, manakala lebih 1,400 penduduk terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS), selain tujuh rumah musnah dan kira-kira 70 kediaman lagi rosak.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button