Chelsea semakin hampir tandatangani Sterling

LONDON: Chelsea semakin hampir menandatangani pemain utama pertama dalam era Todd Boehly di Stamford Bridge selepas dilaporkan bersetuju dengan syarat peribadi bersama pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling.

Sky Sports melaporkan bahawa perpindahan Sterling ke London “akan berlaku” walaupun yuran perpindahan masih belum dipersetujui antara kedua-dua kelab.

Sterling, 27, akan memasuki tahun terakhirnya di Etihad, namun City dijangka akan bertahan dengan yuran sekitar £45 juta (RM237.42).

Pemain antarabangsa England itu sudah menang empat gelaran Liga Perdana antara sembilan trofi utama miliknya sejak menyertai City dari Liverpool pada 2015.

Pemain utama pada tahun-tahun awal Pep Guardiola di City, Sterling menjaringkan 131 gol dalam 337 penampilan buat juara England itu.

Bagaimanapun tempat biasanya dalam kesebelasan utama City semakin terancam selepas pasukannya menandatangani Jack Grealish tahun lalu selain kecemerlangan Phil Foden yang lahir dari akademi kelab itu.

City juga menambah pilihan di bahagian serangan mereka musim baharu ini menerusi kehadiran Erling Haaland dan Julian Alvarez.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker