Jawatan TPM bukan hak PPBM
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu sedar jawatan TPM bukan hak untuk mereka tuntut daripada Perdana Menteri.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak wajar berjumpa dengan Ismail Sabri bagi membincangkan jawatan TPM memandangkan parti itu juga menuntut jawatan Menteri yang disandang Zuraida Kamaruddin.
Selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin juga patut tahu ini bukan masanya memikirkan jawatan sedangkan rakyat sedang bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Keadaan ini berlaku apabila sebuah kerajaan tidak mempunyai kestabilan yang diperlukan untuk menetapkan dasar selain terikat dengan MoU bersama pembangkang.
Ketidakstabilan Kerajaan Keluarga Malaysia boleh dikatakan berpunca dari sikap PPBM yang selama ini mahu PM, Ismail Sabri merujuk kepada mereka (Muhyiddin) sebelum membuat keputusan untuk rakyat dan negara.
Rujuk – Ismail Sabri Kena Rujuk Muhyiddin Jika Mahu Bubar Parlimen
Sifat tamak PPBM jelas sekali apabila mereka turut menuntut agar jawatan Zuraida ‘dipulangkan’ kepada mereka kononnya atas dasar kuota.
Zuraida yang sebelum ini merupakan ahli Majlis Tertinggi Parti dalam PPBM mengambil keputusan untuk meninggalkan PPBM.
Sebelum menyertai PPBM, Zuraida merupakan Naib Presiden PKR. Beliau bersama Azmin Ali dan 8 lagi ahli parlimen ‘melompat’ ke PPBM selepas Sheraton Move.
Baca – Muhyiddin Mahu Jawatan Zuraida Diserahkan Kepada PPBM
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan MultiMedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, tidak salah untuk PPBM meminta jawatan TPM dari Ismail Sabri.
Sebagai rekod, jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia
Oleh kerana itu, jelas sekali PPBM tidak mempunyai hak untuk menuntut jawatan TPM diberikan kepada mereka.
PPBM tamak, jawatan TPM hendak, jawatan Zuraida pun mahu