Nikah Dalam Ambulans Sebab Pengantin Lelaki Kemalangan

Hari pernikahan merupakan hari yang paling dinanti-nantikan buat semua pasangan mempelai. Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan ini apabila bakal pengantin lelaki diuji kemalangan sehari sebelum majlis perkahwinan.

Terpaksa menikah dalam ambulans

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan sepasang pasangan pengantin dinikahkan di dalam sebuah ambulans. Dalam video tersebut dilihat pengantin lelaki sedang terbaring di dalam ambulans sambil membaca sekeping teks. Turut kelihatan tok kadi di sebelah pengantin lelaki semasa majlis ijab dan qabul itu.

Akad nikah di masjid. Tidak.

Akad nikah dalam Ambulans. Ya.

Pengantin lelaki tersebut yang dilihat memakai pakaian hospital membuatkan ramai wargamaya kagum walaupun dalam kesakitan. Difahamkan pengantin lelaki tersebut terlibat dalam kemalangan sehari sebelum dinikahkan. Jadi, mereka terpaksa bernikah di dalam ambulans kerana segala persiapan sudah dibuat.

Pengantin lelaki itu juga dikatakan mengalami patah tulang peha. Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu kini meraih lebih 150 ribu tontonan dan 6 ribu tanda suka.

Video

 

 

@fareezfernandez #fyp #pengantinviral ♬ original sound – Muhd Arash – Arashamerrr

 

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video pernikahan di dalam ambulans itu. Ada juga yang berasa kagum terhadap pasangan itu biarpun diuji ketika ingin menghalalkan perhubungan mereka.

fareezfernandez

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker