United bakal kehilangan Ronaldo

LONDON: Manchester United terpaksa menerima kenyataan mereka akan kehilangan Cristiano Ronaldo musim panas ini.

Bintang Portugal berusia 37 tahun itu kini bercuti daripada latihan atas “sebab keluarga”.

Namun Ronaldo sudah menyatakan dengan jelas dia mahu meninggalkan kelab berkenaan selepas tidak berjaya sekembalinya ke Old Trafford 10 bulan lalu.

United sebenarnya masih yakin bintang penyerang itu akan bersama mereka musim depan.



Namun pengurusan tertinggi Red Devils kini menyedari bahawa mereka tidak boleh mengekalkan pemain itu tanpa kehendaknya selain mengelak masalah berpanjangan.

Bos baharu, Erik ten Hag mengakui dia mahu pemain legenda No 7 United itu kekal.

Katanya: “Ronaldo ialah gergasi, kerana apa yang sudah ditunjukkannya dan dia masih memiliki cita-cita tinggi. Sudah tentu saya mahu mengekalkannya.”

Bagaimanapun selepas berbincang dengan pengurusan, Ten Hag kini menerima bahawa dia perlu merancang pasukan tanpa penyerang itu.



SunSport melaporkan pada Januari bahawa penasihat Ronaldo sudah memberitahu ketua eksekutif yang baharu, Richard Arnold bahawa pemain itu tidak akan kekal di kelab jika tidak layak beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Walaupun sudah agak berusia, penyerang yang sangat cergas itu dikatakan masih boleh menang gelaran pada tahap tertinggi – cuma bukan bersama United.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker