Waris bayi lelaki dicari

Kuala Lumpur: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 15 Mei lalu.

Menurut Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, bayi berkenaan diserahkan kepada pasangan suami isteri di Dewan Batu 9, Taman Cheras Permai, Batu 9 Cheras pada 16 Mei.

“Bayi itu kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah perintah mahkamah Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 30 Jun lalu.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung ibu kandung bayi berkenaan diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Nur Shafizza Abu Bakar di talian 03-87395070 untuk tindakan lanjut,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker