3 maut, 4 parah, dua kenderaan bertembung



Pelabuhan Klang: Tiga lelaki maut, manakala empat yang lain parah dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) – Pulau Carey, di sini, malam tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.42 malam dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Toyota Unser yang dinaiki enam lelaki warga asing dengan Honda CRV dipandu lelaki warga tempatan.

“Bomba segera melakukan operasi menyelamat dan mengeluarkan semua mangsa dari kedua-dua kenderaan itu terbabit.



“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12.16 tengah malam,” katanya.

Norazam berkata, siasatan mendapati mangsa yang meninggal dunia terdiri dari tiga warga asing.

“Mangsa yang parah membabitkan seorang warga tempatan dan tiga warga asing.

“Semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker