Aliran trafik dijangka meningkat petang ini

Kuala Lumpur: Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) masih terkawal pagi ini dan dijangka mula meningkat petang ini.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, setakat jam 11.30 pagi ini aliran trafik masih terkawal di semua Lebuh Raya Plus.

Menurutnya, aliran trafik dijangka mula bertambah selepas solat Jumaat petang ini berikutan orang ramai sudah mula pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidiladha.

“Bagaimanapun pengguna dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) serta elakkan perjalanan pada waktu puncak.

“Orang ramai juga dinasihatkan membuat penyelenggaraan kenderaan sebelum memulakan perjalanan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Mohd Yusuf berkata, bagi perjalanan keluar dari Lembah Klang bermula semalam hingga Ahad ini pengguna yang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor disaran memulakan perjalanan sebelum jam 10 pagi.

“Sementara negeri lain bermula jam 1 tengah hari.

“Kita menjangkakan aliran trafik akan meningkat sebanyak 1.9 juta berbanding hari biasa 1.6 juta,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker