‘Layan’ Dangdut Semasa Majlis Kahwin Makcik Jatuh Parit

Keasyikan beberapa wanita di Indonesia menonton persembahan nyanyian dangdut di sebuah majlis perkahwinan bertukar satu mimpi ngeri selepas lantai kayu tempat mereka duduk runtuh sebelum terjatuh ke dalam sebuah longkang besar.

Video penuh:

 

 

 

Video tersebut dikongsi Fakta.Indo di laman Instagram dan rata-rata netizen turut terhibur serta kasihan dengan nasib yang menimpa mereka. Difahamkan ketika insiden tersebut berlaku, wanita-wanita berkenaan begitu asyik menonton persembahan nyanyian dangdut di atas pentas kayu sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Bercerita lebih lanjut, khemah yang menutupi pentas berkenaan didirkan di atas longkang besar yang ditutupi dengan lantai kayu. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat keadaan begitu kecoh dan mangsa ketika itu menjerit menyebabkan para tetamu yang lain mengerumuni kawasan berkenaan.

Susulan daripada itu, terdapat tetamu yang cuba membantu mereka dengan menghulurkan tangan bagi mengeluarkan dari longkang berkenaan. Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Cibereng, Jawa Barat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan nasib yang menimpa wanita-wanita tersebut.



Kesian.

Logik saja, kayu macam tu mana boleh tahan muatan sebanyak itu.

Akan diingat seumur hidup.

Fakta.Indo



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker