Perang saudara dalam BERSATU, Azmin akan tersingkir?

Oleh – Bakhtiar Omar


Perang saudara dalam BERSATU, Azmin akan tersingkir?

 

Tidak dapat dielakkan lagi kisah perang dingin dalam BERSATU digambarkan akan menjadi ‘Perang Sabil’ dan Azmin Ali dikatakan akan tersingkir.

Kedudukan Timbalan Presiden dikatakan sudah diintai oleh sosok yang mempuyai pengaruh kuat dalam BERSATU. Memandangkan penyandang jawatan sekarang kelihatan sudah tidak mempunyai fungsi, langkah revolusi dalam BERSATU digerakkan.

Walau pada mulanya jawatan Presiden menjadi idaman, akhirnya mereka yang rakus terpaksa akur apabila Muhyiddin Yassin bertegas akan mempertahankan jawatan selepas di’arah’kan isterinya.

Percaturan perebutan jawatan tertinggi dalam BERSATU terpaksa dikecilkan bila penyandang jawatan Presiden enggan melepaskan kedudukan beliau. Maka, jawatan yang nampak gagah dalam BERSATU ialah Timbalan Presiden.

Adakah Azmin Ali akan menafikan beliau turut berminat dengan jawatan Timbalan Presiden? Atau Hamzah Zainudin akan turut menafikan berminat untuk mengambil alih jawatan tersebut?

Apa pula kata penyandang, Datuk Seri Faizal Azumu mengenai semua khabar angin ini? Setakat ini, beliau tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan berdiam diri.

Mengikut amalan demokrasi yang dipraktikkan kebanyakan parti politik Malaysia, siapa sahaja yang difikirkan layak akan pasti masuk gelanggang untuk merebut jawatan tinggi dalam parti.

Perang saudara dalam BERSATU, Azmin akan tersingkir?

CERITA AZMIN BERI SOKONGAN KEPADA ANWAR HANYA DONGENG CIPTAAN PESAING DALAM BERSATU?

Bagaimanapun, ada desas-desus lain yang menyebabkan cerita perang saudara BERSATU tersebar. Khabar angin menyatakan semua cerita yang disebarnkan hanyalah untuk memburukkan imej Azmin di mata ahli BERSATU.

Disebabkan mahu ‘pembunuhan karektor’ dilakukan, Azmin dikhabarkan akan menyertai serta menawarkan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani.

Sebagai balasan, Azmin akan dilantik sebagai Senator dan dikembalikan dalam Parlimen sebagai sebahagian daripada kabinet Anwar Ibrahim.

Namun demikian, perkara tersebut hanyalah sekadar khabar angin bagi merangka naratif mereka yang enggan memberi laluan kepada Azmin Ali bertanding jawatan dalam BERSATU.

Perang saudara dalam BERSATU, Azmin akan tersingkir?

Pergolakan dalam BERSATU sebenarnya cuba disorokkan dari pengetahuan ramai memandangkan BERSATU adalah peneraju Perikatan Nasional. Sekiranya terkeluar segala titik bengik BERSATU ke pengetahuan umum, dikhuatiri PAS sebagai sekutu terkuat Perikatan Nasional akan bertindak mengambil alih teraju.

Jika itu berlaku, BERSATU tidak akan mampu bertahan kerana sudah pasti Tun Mahathir akan dibawa bersama PAS masuk ke Perikatan Nasional sebagai Penasihat Strategik Politik PAS selain Penasihat Ekonomi SG4.

Apa komen dari Azmin Ali, Hamzah dan BERSATU sendiri?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker