Tokan dadah wanita beraya dalam lokap

Manjung: Wanita dipercayai tokan dadah yang baru tiga bulan aktif kegiatan itu ditahan polis di tepi jalan Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, wanita itu ditahan dalam keadaan mencurigakan pada 12.25 tengah malam.

Menurutnya, suspek, 38, berseorangan ketika ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung.

“Pemeriksaan pada wanita terbabit menjumpai satu plastik lutsinar berisi 11 paket disyaki dadah jenis heroin dianggarkan berat 19.66 gram(g) dan tiga paket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 2.49g bernilai RM1,000.

“Suspek tidak mempunyai pekerjaan dan dia baru saja tiga bulan terbabit aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, wanita berkenaan direman tujuh hari bermula semalam hingga Khamis depan untuk membantu siasatan lanjut.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan semakan turut mendapati wanita itu mempunyai 15 rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker