Bayi 47 hari terperangkap dalam kereta

ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia 47 hari, yang terperangkap dalam sebuah kereta Perodua Viva, di kawasan Alor Merah, di sini, diselamatkan pasukan bomba, petang tadi. .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.21 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar, diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Rusdi Lazim, membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan bayi perempuan berkenaan.

“Bomba mengambil masa hampir lima minit untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkan bayi berkenaan kepada keluarganya,” katanya.

Ahmad Naufal berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.43 petang.

BHOnline

Leave a Reply